Showing posts with label Pengantar Sejarah : Latar Belakang Tokoh Sejarawan. Show all posts
Showing posts with label Pengantar Sejarah : Latar Belakang Tokoh Sejarawan. Show all posts

[Nota PPISMP] Pengantar Sejarah : Tun Sri Lanang - Sulalatus Salatin

          Tun Sri Lanang dilahirkan di Bukit Seluyut, Johor lama pada 1565 Masihi. Beliau turut dikenali dengan nama Tun Ahmad. Nama sebenar beliau ialah Tun Muhammad yang merupakan anak kepada Paduka Raja Tun Ahmad. Beliau telah dilantik sebagai Bendahara kepada dua sultan semasa di Johor Lama iaitu Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II (1570-1597) dan Sultan Alauddin Shah III (1597-1612). Tun Sri Lanang pernah menjadi penasihat kepada tiga Sultan Acheh iaitu Sultan Iskandar Muda (1615-1636), Sultan Iskandar Thani (1636-1641) dan Sultan Tajul Alam Safiatuddin Shah (1641-1675). Semasa menetap di Acheh, beliau digelar Orang Kaya Dato’ Bendahara Seri Paduka Tun Seberang.

            Tun Sri Lanang terkenal sehingga kini dengan karyanya iaitu Sulalatus Salatin atau dikenali Sejarah Melayu. Karya Sejarah Melayu ini dikatakan ditulis oleh Tun Sri Lanang bermula pada Februari 1614 dan telah Berjaya disiapkan pada Januari 1615. Hal ini menunjukkan bahawa penulisan Sejarah Melayu berlangsung 103 tahun selepas penaklukan Portugis di Melaka. Pada masa itu, Tun Sri Lanang berada dalam tawanan Acheh. Karyanya ini menjadi sumber pensejarahan Melayu dan dokumen kebudayaan Melayu yang sangat penting kerana karyanya merangkumi pelbagai sejarah masyarakat Melayu, Jawa, Brunei, Patani dan Campa.


            Namun, kebenaran tentang Tun Sri Lanang ialah penulis asal atau sekadar penyunting buku Sejarah Melayu masih tidak dapat dipastikan dengan tepat. Terdapat pengkaji yang mempersoalkan sama ada Tun Sri Lanang ialah penulis Sejarah Melayu ataupun bukan kerana terdapat naskhah Sulalatus Salatin yang meletakan Tun Sri Lanang sebagai pengarang dan terdapat juga yang tidak meletakkan beliau sebagai pengarang. Antara naskhah yang meletakkan nama beliau sebagai pengarang ialah seperti naskhah terbitan Abdullah Munsyi, Shellabear, Dulaurier dan naskhah Hj. Othman Abdullah. Namun tidak bermakna mereka ini mengangkat Tun Sri Lanang sebagai penulis asal Sulalatus Salatin. Tun Sri Lanang telah dititahkan untuk membaiki sebuat Hikayat Melayu dari Goa dan berlakulah usaha penghasilan Sulalatus Salatin yang versi pertamanya disusun dan dikarang pada Zaman Empayar Melaka pada 1511 sebelum berlakunya serangan Portugal.

[Nota PPISMP] Pengantar Sejarah : Latar Belakang Tokoh Sejarawan


Leopold Von Ranke

  • Dilahirkan pada 21 Disember 1795 di daerah Wieche, Saxony, Jerman
  • Dilahirkan ditengah-tengah keluarga Lutheran dan peguam semasa zaman revolusi Perancis
  • Meninggal dunia ketika usia 91 tahun pada 23 Mei 1886
  • Mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Schulforta kemudian ke Universiti Leipsic dalam bidang teologi dengan penghuraian teks lama.
  • Berkhidmat sebagai guru di sekolah menengah di Krankfurt selama tujuh tahun (1818-1825)
  • Karya pertama beliau bertajuk Sejarah Bangsa-bangsa Latin di Tentonic (1494-1514)
  • Selepas itu beliau dilantik menjadi penolong professor di Universiti Berlin dalam bidang sejarah.



E. H. CARR

  • Dilahirkan pada 28 Jun 1892 di London, United Kingdom
  • Meninggal dunia pada 3 November 1982 di Cambridge, Cambridgeshire.
  • Pernah mendapat pendidikan di Trinity College, Cambridge dan Merchant Taylors’ School, Northwood.
  • Menyertai Foreign Office pada 1916 dan menjadi pembantu penyunting akhbar The Times pada 1941-1946.
  • Menjadi pengajar di Balliol College, Oxford dan menjadi fellow di Trinity College, Cambridge
  • Antara karya beliau ialah What is history? dan The Twenty Years Crisis



IBNU KHALDUN


  • Dilahirkan pada 1 Ramadhan 732 Hijrah bersamaan 27 Mei 1332 di Tunis, Tunisia
  • Meninggal dunia pada 25 Ramadhan 808 Hijrah bersamaan 19 Mac 1406 di Kaherah Mesir pada umur 76 tahun
  • Nama sebenar: Abd Al-Rahman Ibn Muhammad Ibn Khaldun Al-Hadrami. Turut dikenali sebagai Abu Zaid dan Waliudin
  • Belajar bahasa Arab dengan bapanya dan menghafaz al-Quran ketika kanak-kanak lagi
  • Belajar ilmu fiqah, tafsir, hadis, falsafah, matematik dan pelbagai ilmu lain dengan ulama-ulama terkenal
  • Pernah menjawat banyak jawatan penting di Tunisia, Moroko, Bougie, Algeria dan Mesir
  • Muqaddimah Ibnu Khaldun merupakan antara karya beliau yang dikarang pada tahun 779 Hijrah bersamaan 1377 Masihi ketika menetap di benteng Ibn Salamah di Aljazair, Algeria.

Sejarah Tahun 4 : Kaedah Pencarian Maklumat Sejarah

Sumber Sejarah Mata Pelajaran Sejarah Tahun 4 Sekolah Rendah Tajuk 1 : Mari Belajar Sejarah https://www.youtube.com/watch?v=M...