Showing posts with label PPISMP. Show all posts
Showing posts with label PPISMP. Show all posts

[Nota PPISMP] Pengantar Sejarah : Kritikan Sumber Sejarah

           Menurut Kamus Dewan (2005), kritikan bermaksud analisis, penilaian dan ulasan terhadap sesuatu karya sastera dan penulisan sejarah atau ulasan tentang keburukan seseorang atau sesuatu. Menurut Yusof Ibrahim, sumber dapat didefinisikan sebagai sesuatu yang boleh dijadikan punca kepada lahirnya sesuatu bentuk pemikiran atau penulisan baru. Kritikan sumber pula boleh dianggap sebagai penilaian yang dibuat terhadap sesuatu sumber bahan yang boleh dijadikan bukti kepada satu dakwaan atau penulisan.

            Tujuan kritikan sumber dibuat adalah untuk mengetahui kesahihan sesuatu fakta yang dikemukakan oleh sejarawan. Kritikan sumber amat diperlukan untuk menjadikan bidang sejarah itu menjadi luas serta tidak terikat dengan pemikiran sejarawan yang tidak memerlukan pendapat orang lain. Menurut Rozeman (2004), kritikan yang telus dan membina amat penting dalam member penjelasan yang tepat dan diterima sejarawan lain. Kritikan terbahagi kepada dua iaitu kritikan luaran dan dalaman. Kritikan luaran tertumpu kepada menentukan ketulenan sumber manakala kritikan dalaman tertumpu kepada kredibiliti sesuatu sumber.

            Sejarah Melayu telah disemat dengan pelbagai kebenaran dan keunikan yang tersendiri. Kebenaran dan keunikannya perlu dikaji dan diselidiki melalui pelbagai aspek yang meluas dan universal. Hal ini kerana, keunikan dan kebenarannya terselindung disebalik isinya yang tersurat. Sejarah Melayu bertindak sebagai salah satu rujukan penting dalam mengkaji perihal suasana kehidupan masyarakat Melayu zaman dahulu terutamanya pada abad ke-14 dan ke-15. Kajian kehidupan masyarakat Melayu zaman dahulu berdasarkan sumber barat terutamanya sumber yang dihasilkan oleh sarjana kolonial seperti R.O.Winstedt atau Frank Swettenhem agak sukar dilaksanakan kerana kebanyakan tafsiran yang dikemukakan oleh sarjana ini lazimnya berdasarkan kaca mata barat. Mereka juga dikuasai sifat entosentrisme iaitu sifat kepercayaan bahawa kebudayaan sendiri lebih unggul dari kebudayaan lain. Oleh itu, terdapat sarjana seperti Zainal Abidin Wahid yang menekankan pensejarahan setempat ditulis oleh penulis setempat kerana hanya masyarakat setempat itu sahaja yang dapat memahami suasana dan keadaan kehidupan masyarakatnya.
         
Jelaslah, karya pensejarahan tradisional umunya dan karya Sulalatus Salatin khususnya tidak layak untuk diukur atau dinilai berdasarkan kaca mata barat. Hal ini kerana terdapat perbezaan yang amat ketara antara pensejarahan tradisional dengan pensejarahan moden yang dibentuk barat. Justeru itu, karya pensejarahan tradisional sememangnya layak untuk dijadikan sumber dalam penulisan sejarah kerana kandungannya yang lebih memaparkan dan memahami suasana kehidupan masyarakat peribumi pada masa silam berbanding dengan sumber asing yang kebanyakannya ditulis oleh para sarjana kolonial.

[Nota PPISMP] Pengantar Sejarah : Tun Sri Lanang - Sulalatus Salatin

          Tun Sri Lanang dilahirkan di Bukit Seluyut, Johor lama pada 1565 Masihi. Beliau turut dikenali dengan nama Tun Ahmad. Nama sebenar beliau ialah Tun Muhammad yang merupakan anak kepada Paduka Raja Tun Ahmad. Beliau telah dilantik sebagai Bendahara kepada dua sultan semasa di Johor Lama iaitu Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II (1570-1597) dan Sultan Alauddin Shah III (1597-1612). Tun Sri Lanang pernah menjadi penasihat kepada tiga Sultan Acheh iaitu Sultan Iskandar Muda (1615-1636), Sultan Iskandar Thani (1636-1641) dan Sultan Tajul Alam Safiatuddin Shah (1641-1675). Semasa menetap di Acheh, beliau digelar Orang Kaya Dato’ Bendahara Seri Paduka Tun Seberang.

            Tun Sri Lanang terkenal sehingga kini dengan karyanya iaitu Sulalatus Salatin atau dikenali Sejarah Melayu. Karya Sejarah Melayu ini dikatakan ditulis oleh Tun Sri Lanang bermula pada Februari 1614 dan telah Berjaya disiapkan pada Januari 1615. Hal ini menunjukkan bahawa penulisan Sejarah Melayu berlangsung 103 tahun selepas penaklukan Portugis di Melaka. Pada masa itu, Tun Sri Lanang berada dalam tawanan Acheh. Karyanya ini menjadi sumber pensejarahan Melayu dan dokumen kebudayaan Melayu yang sangat penting kerana karyanya merangkumi pelbagai sejarah masyarakat Melayu, Jawa, Brunei, Patani dan Campa.


            Namun, kebenaran tentang Tun Sri Lanang ialah penulis asal atau sekadar penyunting buku Sejarah Melayu masih tidak dapat dipastikan dengan tepat. Terdapat pengkaji yang mempersoalkan sama ada Tun Sri Lanang ialah penulis Sejarah Melayu ataupun bukan kerana terdapat naskhah Sulalatus Salatin yang meletakan Tun Sri Lanang sebagai pengarang dan terdapat juga yang tidak meletakkan beliau sebagai pengarang. Antara naskhah yang meletakkan nama beliau sebagai pengarang ialah seperti naskhah terbitan Abdullah Munsyi, Shellabear, Dulaurier dan naskhah Hj. Othman Abdullah. Namun tidak bermakna mereka ini mengangkat Tun Sri Lanang sebagai penulis asal Sulalatus Salatin. Tun Sri Lanang telah dititahkan untuk membaiki sebuat Hikayat Melayu dari Goa dan berlakulah usaha penghasilan Sulalatus Salatin yang versi pertamanya disusun dan dikarang pada Zaman Empayar Melaka pada 1511 sebelum berlakunya serangan Portugal.

[Nota PPISMP] Pengantar Sejarah : Sumbangan Tokoh Sejarawan

Leopold von Ranke

menggunakan pendekatan individuality dan development dalamsejarah
memberi sumbangan besar kepada bermulanya sejarah moden dan sering dirujuk sebagai Bapa Sekolah Sejarah Sainstifik dan historicisme yang unggul.
meletakkan satu model untuk melatih ahli-ahli sejarah dengan kaedah yang sistematik dan kritikal.
menjadi pencetus kepada prinsip pengkaedahan kajian arkib dan kritikan sumber pengkaedahan sejarah seterusnya menjadi popular di institusi ilmiah lain
menghasilkan buku History of England iaitu buku Sejarah Sebenar England
memperkenalkan istilah bangsa sebagai negeri
menimbulkan kesedaran kepada para sejarawan mengenai kepentingan sejarah bangsa

E.H. Carr

berperanan dalam pengembangan ilmu hubungan international zaman moden
menciptakan cara pandang baru yang lebih sistematisk dan lebih nyata dalam menganalisis masalah dengan tingkatan analisa interstate dimana tujuan menukar ilmu  dijadi realiti, yang secara singkat dalam ilmu politik disebut pengakuan akan pentingnya power, iaitu aliran realism
memunculkan konsep-konsep baru tentangrealism, power , moralitas, power politics yang mendukung akan perkembangan ilmu
kajian sejarah merupakan kajian tentang sebab musabab sesuatu peristiwa
mewujudkan pemikiran sejarah kepada satu peringkat menghuraikan motif dan sebab sesuatu pelaku yang mengatasi kejadian yang dikaji.

Ibn Khaldun

melakukan revolusi dalam ilmu pensejarahan islam
memperluaskan kajian sejarah dengan memfokuskan bidang kajian sejarah kepada 2 ketegori asas: akal dan undang-undang sosial dan fizikal keadaan setempat
memperkanalkan skop kajian baru dalam sejarah: 1.kaitkan peristiwa melalui sebab dan akibat 2.membuat analogi antara masa lalu dan sekarang 3.mengambil kira kesan terhadap persekitaran 4.mengambil kira kesan keadaan yang diwarisi dan ekonomi
mengeluarkan teori purata usia sebuah kerajaan bertahan ialah selama 120 tahun
tokoh ekonomi Islam: membahagikan sektor ekonomi kepada 3, sektor pengeluaran, pertukaran dan khidmat awam
menjadi pencetus kepada penulisan autografi penulis di setiap buku sehingga kini.

[Nota PPISMP] Pengantar Sejarah : Hujah Tokoh berkaitan Ilmu Sejarah dan Pensejarahan

Leopold Von Ranke

  • sejarah haruslah dikaji "seperti sebenarnya berlaku"
  • sejarah tidak boleh dicampuradukkan dengan dongeng, mitos, lagenda ataupun pandangan peribadi yang mungkin palsu.
  • sejarah harus didasarkan kepada sumber yang maujud dan pembuktian yang kritis sehingga tidak boleh disangkal kebenarannya
  • konsep sejarah von Ranke menyebabkan konsep pensejarahan diangkat sebagai sejarah yang saintifik
  • menuntut sejarawan bersifat objektif semasa menyelidik dan menulis sejarah
  • sejarawan perlu menghindarkan perasaan, sentimen, emosi, kesukaan dan kebenciannya dalam penyelidikan sejarah
E. H. Carr

  • sejarah adalah satu proses interaksi berterusan di antara ahli sejarah dengan fakta, satu dialog yang tidak putus di antara masa kini dengan masa lampau
  • Sejarah diperlukan demi memenuhi tuntutan dan kehendak emosi yang mendalam
  • "bagi orang yang berfahaman sekular khasnya, ataupun bagi manusia moden, bahawa sejarah itu pada masa ini telah mengambil alih fungsi yang pada suatu ketika dahulu dilakukan oleh agama di dalam kehidupan mereka"
  • teknik penulisan sejarah ialah sejarawan membahagikan kerja mengikut peringkat
Ibnu Khaldun

  • Sejarah adalah catatan atau maklumat tentang masyarakat manusia dan tamadun dunia
  • Sejarah bukan sekadar ceritera kronik tentang berbagai peristiwa masa lalu, tetapi sejarah juga bererti kritikkan terhadap data dan berita yang ada, analisis terhadap faktor yang menyebabkan terjadinya suatu peristiwa.
  • sejarah sebagai sebagian dari hikmah atau filsafat.
  • fann al-trikh bererti penerapan tentang teori-teori rakaman peristiwa masa lalu melalui metod sejarah
  • sejarah menjadi sesuatu yang rasional, faktual, dan bebas dari unsur mitos dan takhyul

Sejarah Tahun 4 : Kaedah Pencarian Maklumat Sejarah

Sumber Sejarah Mata Pelajaran Sejarah Tahun 4 Sekolah Rendah Tajuk 1 : Mari Belajar Sejarah https://www.youtube.com/watch?v=M...